(Bernaung di bawah
Unit Pendidikan BACA
Abang Yew
bersama barisan “Biogenic Founding Members” telah mempelopori Seminar
Kebangkitan Garudapi yang berlandaskan Simulasi “Biogenik Minda” atau dikenali
sebagai “
Memandangkan Biogenic
Model masih belum dikenali ramai, Abang Yew membawa misi untuk memperkenalkan model
tersebut kepada semua warga pendidik di
Untuk menjayakan
misi tersebut, Abang Yew telah menubuhkan
Latihan mental telah menjadi suatu program wajib dalam kursus ketenteraan, pertandingan Olimpik dan arena mencabar yang menguji ketahanan minda serta disiplin diri yang tinggi. Insan yang mempunyai kualiti jati diri yang tinggi terbukti dapat mempersembahkan prestasi yang unggul biarpun berhadapan dengan berbagai tekanan, cabaran dan masalah. Jelasnya, kecemerlangan tidak hanya bergantung pada penguasaan ilmu dan kemahiran semata-mata. Seseorang yang dikatakan “cemerlang” perlu juga mempamerkan sifat diri yang terpuji dari segi sikap dan ketrampilan diri.
Program Jati Diri sebelum ini mendapat berbagai kecaman dari peserta kerana gagal membentuk kelangsungan abadi dalam jiwa raga seseorang. Sering kali, kehangatan terhadap ajaran program akan lenyap setelah beberapa minggu meninggalkan kursus motivasi. Peserta seringkali diberi suntikan kesedaran dengan meneroka emosi dengan kaedah “recall”. Program yang berjaya sering dikaitkan dengan airmata yang turun membasahi pipi peserta. Akhirnya, emosi seperti ini hanya sementara dan gagal membentuk suatu seruan yang berpanjangan dalam jiwa raga mereka.
Penggubalan Biogenic tidak menafikan kepentingan dan keberkesanan kaedah “recall” dalam usaha membentuk keinsafan dan mengukuhkan kualiti diri. Dari kajian psikologi manusia, kejayaan hakiki memerlukan dorongan ke depan lebih dari memantau hidup yang lalu. Bila kemahuan untuk cemerlang telah berakar umbi dalam jiwa seseorang, Ia akan menjadi suatu magnet yang menarik seseorang menuju ke mercu kejayaan tanpa “rasa dipaksa”. Ini bermaksud, kerelaan untuk berjuang dengan gigih adalah secara terus dikaitkan dengan “matlamat” atau “impian” yang tercoret dalam minda. Daya kemajuan sedemikian akan mencetuskan suatu “magnet” untuk seseorang mengharungi segala dugaan dan SAMPAI ke destinasi yang dihajatkan.
(Biogenic Mental Training )
Latihan
Proses latihan Biogenic mengadunkan “Psikologi Musik” dan “Isu sensasi” untuk membolehkan peserta menghayati setiap proses dengan penuh perasaan. Peserta akan tersentuh secara emosi dan ada juga yang menggugurkan air mata kerana memikirkan segala kehebatan yang bakal berlaku dalam hidupnya.
Contohnya, jaguh Olimpik akan menggugurkan air mata kesyukuran dalam proses Biogenic merasa saat kegemilangan mereka menerima pingat emas dalam pertandingan akhir. Semua pemantauan minda yang bersifat “masa depan” terbukti membentuk suatu “Igauan minda” yang menyeru seseorang untuk menyempurnakan misi diri.
Berbeza dengan recall, proses Biogenic menjadi suatu sukatan aplikasi harian yang boleh dilakukan oleh peserta kursus di rumah setiap hari. Semakin dirinya menayangkan video minda masa depan, semakin tinggilah kemahuannya untuk menyempurnakan misi tersebut. Pengamal Biogenic juga menunjukkan kesan respon psikologi yang lebih tinggi bila proses ulangan dilakukan lebih seratus kali dalam mindanya. Kesan psikologi seperti ini dikenali “Simulasi Minda”. Pada saat tersebut, seseorang tidak akan membezakan apa yang sebenarnya akan berlaku dengan fantasi masa depan yang sedang dibayangkan dalam mindanya.
Sebaliknya, kesan recall tidak memaparkan kesan psikologi dengan amalan pengukuhan. Peserta yang menjalankan recall lebih dua kali mendapati kesan psikologi menurun dan mereka mula merasa basi dengan penyampaian yang bersifat ulangan.
Ilmu pemantauan
hidup dengan memiankan video minda telah lama diperkenalkan oleh Guru Motivasi
sedunia. Tanpa disedari, pengasas
Atas amalan
latihan program ini selama 18 tahun, kini Abang Yew telah menjadi Pakar
Biogenic dan pengasas
Sehingga ini, Abang Yew dan barisan penceramah bertauliah dalam bidang Biogenic menawarkan perkhidmatan seminar untuk syarikat dan belia seluruh negara menggunakan amalan “Simulasi Minda”. Lebih 50,000 peserta kursus telah mendapat manfaat dari program sedemikian.
Pepatah menyatakan “Suatu keinginan mutlak yang dicari-cari manusia ialah kehendak untuk memenuhi hajatnya sendiri”. Jelas sekali, selagi manusia hendakkan kemajuan dan kejayaan, selagi itulah ilmu motivasi diperlukan. Motivasi Biogenik Minda menjadi suatu pembekal moral dan membakar semangat perjuangan untuk menukar impian menjadi kenyataan.
Dengan melancarkan program Biogenic Minda, program motivasi akan melangkah setapak ke depan dan menukar module penyampaian lalu yang bersifat “Recall” kepada sifat “Futuristic”. Dengan adanya program Biogenic Minda, program motivasi tidak lagi menimbulkan soal keberkesanan. Ini kerana peserta kursus akan meneruskan prakis Biogenic di rumah dan mengekalkan daya motivasi setiap hari dalam hidup mereka.
Dengan adanya ilmu Biogenic , setiap orang yang mempunyai bakat bercakap boleh menjadi Pakar Motivasi. Anda akan dapati keupayaan anda membantu insan lain mencapai impian hidup mereka menjadi suatu kepuasan dalam hidup. Seseorang tidak lagi melihat Pakar Motivasi sebagai model atas kehebatannya, tetapi melihat diri sendiri sebagai model kejayaan yang bakal direalisasikan.
Selalunya, Pakar Motivasi yang pernah kecundang dalam mana-mana aspek kehidupan dianggap tidak layak menceritakan “ilmu kejayaan”. Melalui pengamatan saya, tidak ada orang yang tidak pernah gagal dalam hidup. Ujian motivasi yang paling besar ialah sejauhmanakah keupayaan anda bangun semula dari kegagalan dan membentuk semula kejayaan dan kecemerlangan yang anda hajatkan. Sememangnya, tidak ada insan yang dikatakan sempurna dan tidak pernah gagal dalam hidup.
Mengukur kejayaan dari status luaran telah menjadi suatu ukuran kelayakan seseorang dalam program kejayaan diri. Melalui pengamatan saya, kejayaan dari luaran hanyalah suatu perhiasan semata-mata. Seseorang yang berjaya dan mempunyai tabung wang yang banyak untuk didermakan kepada badan kebajikan atau orang-orang tuanya tanpa hiasan luaran sudah pasti lebih mulia dari insan yang gagal menyempurnakan kebaikan tersebut tetapi kelihatan “glamour” dari luaran. Pada hakikat lain, saya perhatikan insan yang mempunyai impian dan masih mengejar impian hidup lebih layak dari orang yang kelihatan berjaya tetapi dah “cool down’ dalam perjuangan hidupnya. Ramai dari orang berjaya secara material mempunyai pemikiran “cukup” , sudah pasti semangat kemajuan juga turut terbantut. Apakah mereka masih layak dikenali “Pakar Motivasi”/
Bila program motivasi ditamatkan dengan kesinsafan , ada yang menyatakan tidak berkesan. Pada pengamatan saya, perasaan tidaklah penting dalam program motivasi. Yang menjadi tunjang motivasi ialah bagaimana membawa perasaan tersebut menjadi suatu tindakan realiti dalam hidup. Ramainya orang yang bersorak dan berlaung slogan tetapi berakhir dengan motivasi sementara sahaja. Ini kerana dalam hati, mereka masih tidak nampak suatu misi yang jelas untuk diperjuangkan.
Jika ilmu motivasi boleh menukar nasib manusia,
dunia ini akan penuh dengan insan yang berjaya dan kaya raya. Pada pengamatan
saya, motivasi memerlukan ulangan, baik dilakukan secara persendirian di rumah
atau menghadiri kelas pengukuhan. Tanpa ulangan, seseorang akan mudah terbawa
pada sikap lama. Bila seseorang mengenal amalan motivasi yang perlu dilakukan
setiap hari, proses memantapkan motivasi diri menjadi semakin nyata.
Setiap orang mempunyai bakat terpendam. Begitu
juga dengan anda. Bakat anda untuk menjadi Pakar Motivasi adalah suatu “intan”
yang menunggu untuk dikilapkan. Anda mungkin mempunyai kemahuan untuk berdikari
dan menceburi bidang ini sepenuh masa. Hajat anda untuk menolong insan dunia
mengubah nasib mereka mereka telah bersemarak menjadi suatu misi hidup anda. Tetapi,
sampai kini anda masih terikat dengan berbagai komitmen lain sehingga idea dan
cita-cita mulia anda terpendam dalam hati tanpa diterokai.
Dalam adanya
sokongan dari
» Menyelesaikan semua kemusykilan mengenai ilmu motivasi
» Mereka-bentuk (Design) modul kursus yang sesuai dengan kumpulan sasar yang berbeza latarbelakang dan usia
» Mengenal cara tele-komunikasi dengan pelanggan
» Mengenal cara menyediakan kertas kerja (proposal ) untuk prospek
» Mengenal cara bersemuka dengan prospek
» Mengenal saluran pasaran yang sesuai untuk anda
» Membina kerjaya sepenuh masa dalam tempoh kurang dari dua tahun
Dari pengamatan
saya kepada Pakar Motivasi yang telah berkecimpung dalam kerjaya ini secara
sepenuh masa berbanding dengan insan yang melakukan secara “amateur”, jelas
bergantung kepada “keyakinan diri” untuk menyahut semua risiko yang bakal
berlaku.
Semakin ramai Pakar Motivasi yang berimpian tinggi memulakan kerjaya mereka dengan mendirikan pusat konsultansi. Skop pemasaran sering tercabar atas keyakinan pihak prospek membuat pilihan motivator yang terbaik. Setiap Pakar Motivasi yang hebat terpaksa memasar keunikan program dengan harapan untuk mendapatkan peluang menabur jasa mereka.
Secara puratanya, kurang dari 10% sekolah yang
memohon khidmat seminar dari Pakar Motivasi jemputan. Ini bermaksud lebih dari
500 sekolah seluruh Malaysia yang akan membuat jemputan tahunan untuk memberi
suntikan inspirasi untuk pelajar.
Ramai kaunselor berpendapat, mereka mampu memberi
kursus motivasi yang baik untuk pelajar. Jemputan luar hanya dilakukan atas
faktor berikut:
Statistik menunjukkan hampir 90% dari sekolah tidak mempunyai sokongan motivasi luaran atas sebab berikut:
Secara puratanya, setiap sekolah memperuntukkan 400 pelajar (F3, F5), maka jumlah pelajar yang menyertai program motivasi berjumlah 120,000 orang setahun. Dengan berpandukan kiraan kos purata RM15 seorang, maka jumlah yuran professional yang akan dijana ialah RM1.2 juta setahun.
Projek rakasana seperti ini hanya akan disempurnakan jika kita dapat berganding bahu dn membina pasukan pengelola serta pengurus piawaian program secara sistematik kos kos yuran yang berpatutan. Usaha mentauliahkan penceramah motivasi secara licensee adalah suatu proses untuk meningkatkan keyakinan pihak sekolah terhadap penceramah yang masuk ke sekolah.
Semenangnya, bukan semua Pakar Motivasi yang dapat mempamerkan prestasi yang dihendaki oleh sekolah. Banyak sekolah yang merasa kecewa dengan presentasi motivasi yang dikatakan tidak sesuai dengan budaya sekolah sehingga pihak sekolah meminta bayaran penuh balik. Ramai penceramah dapat menjanjikan program yang unik dengan kertas kerja yang menarik, tetapi pada hakikatnya presentasi mereka tidak memenuhi kehendak sekolah.
Untuk memastikan semua penceramah Biogenic Minda dapat menjalankan tugasan professional dengan baik, beberapa usaha berikut akan dilaksanakan untuk menjamin kawalan kualiti yang berterusan:
Setiap ahli baru
yang menyertai
Yuran bayaran professional ditetapkan RM15X120 pelajar = 1800
Tahun (Prospek perkembangan ) |
Jumlah sekolah yang menerima khidmat motivasi dari anda setahun |
Purata yuran Professional / bulan yang anda terima |
Jumlah pendapatan tahunan anda |
1 |
5 |
RM750 |
RM9000 |
2 |
10 |
RM1500 |
RM18000 |
3 (Sepenuh masa) |
25 |
RM3750 |
RM45000 |
4 |
40 |
RM6000 |
RM72000 |
5 |
60 |
RM9000 |
RM108000 |
Berasaskan pada
perancangan yang tertera diatas, kami akan membantu setiap Pakar Motivasi yang
sedia mencebur diri sepenuh pada pada tahun ke tiga untuk merealisasikan impian
pendapatan
Selain pendapatan dari yuran kursus, barisan Pakar
Motivasi juga boleh menjana pendapatan dari :
Setiap Pakar Motivasi yang berjaya mencapai target minima setahun akan menerima sokongan berikut :
» Pembinaan serta Khidmat SEO laman web
» Publisiti di radio dan TV
» Publisiti di suratkhabar tempatan
Kami percaya, usaha membangunkan brandingan individu adalah sama penting
dengan branding organisasi. Untuk itu,
» Menggalakkan Pakar Motivasi meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi
» Meneroka aspek kejayan yang boleh mengharumkan nama seseorang (rekod , pertandingan dan lain-lain. )
»
Meneroka penulisan ilmiah di ruang kolumnis suratkhabar atau majalah