Sikap dan nasib

 

Alangkah baiknya kalau….

 

Bukannya main hebatnnya …..

 

Kenapa aku masih belum ….

 

Jika hidup masih dalam dilemma

 

Selidik sikap nilaikan diri

 

Kenali diri sebelum terlambat

 

Hidup boleh menyinar semula

 

DISC pembekal jawapan

 

Fokus diri pada kekuatan

 

Olahkan diri pada kelemahan

 

Bila sikap mula sempurna

 

Semua jadi semua pun beres

 

Dunia mula berpihak pada mu

 

Hasil mula datang melimpah-limpah

 

Anda akan berkata “Bahagianya aku ini”

 

Coretan Hilter Yew

 

…………………………………………………….

Sikap Tunjang Hidup

 

Jiwa luhur menjunjung dewa

 

Sembah berkat dikenal damai

 

Sikap enak menjamu jiwa

 

Kekal abadi dikenang ramai

 

…………………………………………

 

Terbang tinggi siburung helang

 

Rehat sejenak di Gunung Matang

 

Sikap mulia hidup gemilang

 

Nasib semarak tuah mendatang

 

……………………………………….

 

Api  membakar kayu membara

 

Sinar terang menyinar alam

 

Sikap harum pendokong wira

 

Hidup gembira saling bersalam

 

…………………………………….

 

Ayam berkokok siang hari

 

Bawa anak berlari-lari

 

Kalau sikap sudah digari

 

Cepat anda bebaskan diri

 

………………………………….

Pak pandir memakan roti

 

Roti dimakan bersama kaya

 

Jika mahu mencari sakti

 

Bina sikap insan berjaya

 

………………………………………

 

Kuali panas air mendidih

 

Ketupat direndam jadi santapan

 

Hidup gembira jangan bersedih

 

Sikap optimis mengolah harapan

 

 

…………………………………….

 

Lima Rahsia Olahan Sikap

 

  • Tanya diri anda : mengapa aku melakukan, menyatakan ….
    • Ia bermula dari cara anda melihat dunia, persekitaran
      • Lihat secara positif dan anda akan bertindak secara positif
  • Tanya diri anda : Mengapa orang lain memberi reaksi sedemikian…..
    • Ia bermula dari perbuatan dan percakapan anda
      • Lakukan apa yang anda hendak orang lain laku untuk anda
  • Tanya diri anda : Mengapakah saya gagal mendapat….
    • Ia disebabkan oleh anda gagal melaksanakan sesuatu
      • Aturkan sesuatu yang anda gagal lakukan sebelum ini
  • Tanya diri anda : Mengapa saya tidak gembira
    • Ia disebabkan anda masih ada racun dalam jiwa mu
      • Bersihkannya dan hati akan menjadi riang
  • Tanya diri anda: Mengapa saya takut bertindak mengubah hidup
    • Ia disebabkan anda masih ada pilihan yang lebih baik
      • Lepaskannya dan yang terbaik akan mendatang

 

 

Kenali Lima kuasa hidup:

  • Jangkaan positif
    • Yang Terbaik akan mendatang
  • Anggapan positif
    • Semua ini berlaku untuk kebaikan
  • Benteraskan kemarahan
    • Saya maafkan anda
  • Elakkan terus teraniayai
    • Bebaskan diri saya dari bencana
  • Pilihan yang bijak
    • Jangan saya dekati yang tak baik

 

 

Cara Peneutralan Minda

  • Fikirkan harapan / matlamat anda
    • Saya tidak ada masa untuk perkara yang remeh temeh
  • Fikirkan kejayaan lalu anda
    • Saya seorang yang berkualiti
  • Fikirkan pendirian anda
    • Tiada orang boleh menggangu perasaan tanpa izin mu
  • Fikirkan kejadian sebagai satu proses
    • Semua perkara akan berlalu selagi anda terus maju
  • Fikirkan peranan anda dalam masalah tersebut
    • Tindakan adalah penyelesaian masalah terbaik

 

 

Penyelenggaraan Sikap diri

  • Belajar dari pengalaman diri/ keluarga yang lalu
    • Jangan ulangi tragedi yang sama
  • Apakah reaksi jika orang lain lakukannya
    • Anda tidak sudi dan janganlah anda lakukan
  • Membina pilihan baru secara lojik
    • Apakah anda anda bakal dapat dengan mengubah tindakan
  • Belajar dari insan berjaya
    • Fikirkan nilai yang mereka miliki
  • Usaha menilai hidup sendiri
    • Saya boleh buat lebih baik dari sekarang

 

 

Proses Anjakan Sikap

  • Ulang dan terus mengingati diri
    • Sehingga ia menjadi amalan harian
  • Gunakan kuasa imaginasi
    • Bayangkan orang yang anda ingin jadi
  • Gunakan kata pengesahan diri
    • Saya seorang yang disegani ramai
  • Gunakan pelan tindakan
    • Setiap hari, laksanakan apa yang anda janjikan
  • Gunakan emosi diri
    • Rasa riang, puas, suka dengan harapan anda

 

 

Kata Pujangga

  1. Bahayanya sikap yang berkarat – tidak lagi diasah
  2. Mencontohi sikap insan berjaya adalah cara yang paling mudah mendekati anda pada kejayaan– cerminkan diri anda
  3. Sikap bagaikan bayangan,anda tidak sedar ia sentiasa bersama anda
  4. Sikap yang baik mengundang nasib yang baik
  5. Teman yang karib memberi kesan pada sikap kita – Lebih baik bersendirian dari bersama teman yang negatif/bermasalah
  6. Sikap negatif kaca warna hitam, anda tidak akan dapat membaca dunia di luar dan sentiasa mempertahankan pemikiran sendiri
  7. Perubahan sikap memerlukan pertarungan hati
  8. Sikap yang baik dibinan  setahun, sikap buruk dibina sehari
  9. Bila anda merasa tidak senang dengan dunia luar, kemungkinan anda mempunyai sikap yang cemerlang atau sikap yang bermasalah.
  10. Bila anda berjaya mengubah sikap diri, maka anda juga berjaya mengubah dunia luar.
  11. Setiap balasan orang terhadap percakapan anda adalah imej sikapd an keperibadian anda
  12. Sikap mempunyai ukuran, sikap yang mulia diibaratkan intan, sikap yang buruk diibaratkan batu
  13. Sikap memainkan peranan 90% tehadap kejayaan seseorang berbanding dengan kemahiran.
  14. Bila seseorang terjebak dalam sikap diri yang bermasalah, dia sentiasa melihat kesilapan orang lain dalam aspek yang sama.
  15. Bila anda menyalahkan orang lain terhadap sikap dirinya, lihat apakah anda sudah menyempurnakan tanggungjawab anda terhadap sikap diri sendiri.
  16. Sikap tidak akan beruabah selagi kita tidak membuat rancangan secara disiplin yuntuk membenteras dan mengatasi sikap lama.
  17. Sikap adalah suatu yang terbentuk hasil dari persekitaran dan cara anda menganalisis sesuatu sejak kecil. Ia bukannya suatu yang wujud secara mengejut.
  18. Sikap boleh membina seseorang , ia juga boleh meruntuhkan seseorang. Adalah penting untuk kita menilai sesuatu sikap mengikut konteks persekitaran.
  19. Kematangan menilai secara kritikal dan lojik akan menjadikan kita seorang Tuan pada sikap diri sendiri.
  20. Hajat dalaman adalah suatu sikap pemikiran automatik.
  21. Cara kita bertindakbalas dengan perkitaran akan menentukan kualiti dalaman kita.
  22. Kita tidak boleh mengubah sikap orang lain, tapi kita boleh memberi pengaruh pada orang tersebut untuk dirinya menurunkan tahap tragedi yang bakal timbul dengan menunjukkan sikap yang paling sempurna dan bercanggahan dengan sikap orang tersebut.
  23. Sikap memberi kesan berantai dalam hidup kita dan hidup orang di persekitaran kita.
  24. Sikap yang baik menjana perasaan yang baik dan sikap yang negatif memberi ketegangan dalam hati kita.
  25. Keriangan bukan suatu yang datang mengejut, ia adalah hasil dari pemikiran anda selama bertahun lamanya berasaskan kualiti sikap diri anda
  26. Orang lain hanya akan memberi teguran dan peringatan , tetapi anda sahaja yang menentukan samada diri anda mahu mengubahnya
  27. Bila anda merasa tidak senang hati , ini menunjukkan ada sesuatu yang perlu anda lakukan terhadap sikap pemikiran sendiri dan bukan mengelakkan diri sahaja.
  28. Kita boleh mengubah perasaan diri kita terhadap orang lain bila kita mengenal keperibadian mereka.
  29. Setiap orang sering menilai kelemahan orang lain berasaskan ukuran pemikiran sendiri, yang tidak semestinya benar untuk orang lain.
  30. Sikap adalah limitasi yang paling sukar diatasi.
  31. Ketinggian anda prestasi anda adalah berkait dengan kemuliaan pemikiran dan sikap anda
  32. Bila anda membuka parut lama, anda mula melihat ia adalah seiras dengan parut yang baru.
  33. Tragedi hidup bukannya kejadian fizikal , tetapi tragedi dalam hati dan minda sendiri sehingga kita hilang kawalan terhadap percakapan dan perbuatan sendiri.
  34. Bila anda suka melakukan sesuatu yang tidak membawa kebaikan, anda perlu membenteraskannya segera agar ia tidak menjadi suatu sikap diri.
  35. Orang yang suka marah adalah kerana sikap mementingkan diri dan tidak memikirkan perasaan orang lain
  36. Sikap yang dimiliki oleh orang berjaya adalah mudah dicontohi tetapi sukar dijadikan sikap dalaman.
  37. Perubahan sikap memerlukan pengorbanan. Anda perlu tahu apa yang perlu dielakkan.
  38. Sikap mulia mengundang seribu satu peluang untuk hidup anda
  39. Diri kita bagaikan gelombang, ia memberi isyarat kepada alam sejagat tentang kemahuan diri anda.
  40. Kejuaraan anda bukan kerana anda mengalahkan orang lain, tetapi cara anda mengalahkan sikap negatif diri sendiri.
  41. Musuh yang paling besar adalah sikap negatif dalam diri kita sendiri
  42. Sikap bagaikan belon, ia akan memecahkan hidup kita jika  ledakan sikap menjadi luar biasa
  43. Penyesuaian sikap terhadap perangai orang lain diibaratkan suatu perniagaan dua hala dalam aspek perhubungan manusia.
  44. Sikap yang baik akan meneutralkan sikap yang buruk. Bila kita menjana sikap yang baik secara optimum, semua kelemahan diri kita tidak akan dipertikaikan oleh orang lain
  45. Cara anda melihat niat buruk orang lain akan menentukan cara orang lain melayan anda.
  46. Bila seseorang memberi komen negatif terhadap diri anda, jangan pertahankan pendirian anda dan fikirkan “Apakah yang dapat saya belajar dari proses tersebut”
  47. Dunia tidak akan mengingat apa yang anda perolehi dari orang lain, tetapi kejujuran anda untuk berbakti dan berjasa akan terus menjadi kenangan abadi.
  48. Sikap adalah suatu aliran tenaga aura. Bila anda berjaya membina rasonan dengan aura kejayaan orang lain, anda akan mendapat kuasa luarbiasa
  49. Perubahan sikap secara kritikal memerlukan keberanian dan azam yang tinggi. Ini kerana anda telah mengubah nasib diri anda sendiri.
  50. Bila dunia gagal memberi anda kekayaan yang anda hendaki, ini kerana anda masih belum mempunyai sikap orang kaya. Begitu juga dengan sikap kesihatan, sikap pergaulan, sikap pembelajaran.
  51. Setiap orang boleh membina sikap baru selagi merekan berniat mengubah nasib dirinya.

 

30 Sikap pembelajaran yang cemerlang

Sikap Pertama: Ketahanan diri

Terus belajar biarpun hati anda dah mengalah/penat.

 

Sikap kedua: Disiplin diri

Melayan pembelajaran sebagai tanggung jawab dan bukan sebagai suatu hobi

Sikap ketiga : Minat terhadap pembelajaran

Belajar dengan perasaan positif dan gembira

Sikap keempat : Jangkaan positif

Sentiasa fikirkan kejayaan yang bakal datang

 

Sikap kelima : Ketenangan jiwa

Dapat memaafkan semua perasaan yang menjejaskan perasaan anda

 

Sikap keenam : Pembelajaran menyeluruh

Bukan hanya tumpu pada pelajaran yang anda minati sahaja

 

Sikap ketujuh : Ulangan bertubi-tubi

Sekadar memahami tidak mencukupi, ia perlu menjadi aset hidup

 

Sikap kelapan : Sikap tidak mengalah

Gagal mendapat prestasi yang baik tidak melemaskan semangat untuk terus belajar

 

Sikap kesembilan: Jaga diri sendiri

Tidak membandingkan kejayaan orang lain dengan prestasi diri anda

 

Sikap kesepuluh : Mengikut jadual belajar

Lepaskan semua perkara yang boleh mengganggu jadual ulangkaji anda

 

Sikap kesebelas : Cekal berjuang

Bersusah dahulu , bersenang kemudian. Tidak terpedaya oleh permainan video game.

Sanggup mengenepikan permainan demi masa depan yang cerah

 

Sikap ke dua belas : Menjaga hidup

Tidak lupa pada keseimbangan hidup

 

Sikap ke tiga belas : Menjadi model

Tunjukkan contoh anda kepada adik beradik

 

Sikap ke empat belas : Elak kesempurnaan

Melengkapkan tugasan tidak mungkin mencapai kesempurnaan

 

Sikap ke lima belas: Menangani perkara luar jangka

Setiap kejadian perlu ditangani dengan sabar dan tidak mencetuskan perasaan negatif

 

Sikap keenam belas : Menghargai tekanan

Setiap tekanan adalah memberi kekuatan untuk anda

 

Sikap ketujuh belas : Suka berkongsi

Membantu orang lain adalah juga membantu diri sendiri

 

Sikap kelapan belas: Cekal mencari jawapan

Biasakan diri membuat rujukan silang pada buku yang berbeza

 

Sikap kesembilan belas: Suka bertanya

Untuk mendapat jawapan yang nyata dan mendalam

 

Sikap kedua puluh : Suka bersendirian

Menjaga diri jauh lebih penting dari melayan kawan

 

Sikap keduapuluh satu: Menahan penat

Setiap orang ada bateri kedua , gunanya bila perlu

 

Sikap keduapuluh dua : Inisiatif

Bertindak biarpun tidak disuruh

 

Sikap keduapuluh tiga : Jiwa berbakti

Belaajr demi kejayaan keluarga, negara

 

Sikap keduapuluh empat: Hutang pembelajaran

Rasa bersalah kerana gagal melengkapkan pembelajaran dan akan membayar balik hutang secepat mungkin

 

Sikap keduapuluh lima : Menjangkaui batasan

Belajar lebih dari apa yang orang lain mampu lakukan

 

Sikap keduapuluh enam: Mencabar diri sendiri

Fikirkan , adakah anda boleh lakukan lebih baik. Jika dapat, hadiahkan diri sendiri

 

Sikap keduapuluh tujuh : Nilai kerohanian

Jadikan pembelajaran salah satu dari ibadat hidup. Doa selalu.

 

Sikap keduapuluh lapan : Kasih sayang

Sayang pada diri sendiri dan tidak mengizinkan diri kalah dalam hidup

 

Sikap keduapuluh sembilan : Motivasi diri

Bercakap dengan diri sendiri secara positif

 

Sikap ketiga puluh : Kemahuan yang berkobar-kobar

Menjadikan harapan suatu kewajipan dalam hidup.