TOP (HRD) TRAINING
CONSULTANT
B7-103, Kekwa A,
Jalan Putra Perdana 5B,
47100 Puchong, Selangor
www.hilteryew.com
, Email : training@hilteryew.com Tel 016-8120302
KEPADA:
YANG
BERUSAHA PENGETUA SEKOLAH
U/P
UNIT KAUNSELING Tarikh
: 2.2.09
TUAN
/ PUAN
PROGRAM MOTIVASI PELAJAR
Dengan segala hormatnya ingin kami perkenalkan perkhidmatan seminar sebagai
program sokongan TAMBAHAN dalam usaha untuk memantapkan prestasi akademik dan sikap pelajar.
Program yang kami tawarkan untuk pelajar terdiri dari tiga kategori
utama:
1. PPC : Program untuk pelajar tahun peperiksaan (PMR, SPM, STPM) yang
meliputi persiapan mental dengan pendekatan Autogenesis dan teknik perancangan
pembelajaran yang sistematik (Setengah hari)
2. PKL : Program untuk pelajar bersiko (Terpilih) yang fokus pada
perubahan sikap dan kesedaran diri (Sehari): PROGRAM PERCUMA *
3. KKD : Kem tiga hari dua malam yang fokus pada kepimpinan dan semangat
berpasukan, khas untuk pasukan pengawas dan pemimpin persatuan
Pengalaman kami mengendalikan program sedemikian untuk lebih dari 17
tahun telah memberi kesan yang nyata terhadap kecemerlangan pelajar.
Barisan penceramah kami adalah kelulusan MSc UPM dan dapat menawarkan
ceramah dalam berbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Mandarin , Inggeris dan
Tamil.
Jika pihak sekolah berminat dengan perkhidmatan yang kami tawarkan,
silalah berhubung dengan kami untuk mengatur tarikh kursus yang sesuai dengan takwim
sekolah. Perancangan sedemikian amatlah penting agar tidak bercanggah dengan
jadual ceramah di sekolah lain.
Semoga program sokongan sedemikian akan dapat memberi suntikan
inspirasi dan semangat perjuangan yang lebih kental kepada pelajar-pelajar sekolah.
Sekian terima kasih
Yang Benar

Hilter Yew
Penceramah
*Sila rujuk pada lampiran