Program Permata Keluarga
Sukatan Kursus
Top (HRD) Training Consultant
Program Permata Keluarga
Pengenalan
Kejayaan pendidikan anak adalah
tanggung-jawab bersama ibu bapa dan guru. Dalam usaha ini, kesedaran para ibu
bapa amatlah penting agar dapat memainkan peranan yang proaktif terhadap
kecemerlangan anak dalam bidang akademik mahupun bidang sukan.
Cabaran kerjaya yang sibuk dan
kurangnya kemahiran menangani anak menyebabkan para remaja mula terjerumus
dalam aktiviti yang kurang membina. Memandangkan anak memperuntukkan masa yang
lebih di rumah berbanding dengan sekolah, pengaruh ibu bapa dalam aspek
pembentukan sikap anak adalah penting dan perlu diberi bantuan yang sewajarnya.
Objektif
Program ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut :
- Membina warga ibu bapa yang prihatin terhadap perkembangan mental,emosi dan akademik anak-anak
- Membantu ibu bapa mengenal cara menangani masalah sikap dan perlakuan anak
- Menyemai semangat
ibu bapa untuk mengambil bahagian dalam program pembangunan anak yang dianjurkan oleh sekolah
- Membina jiwa dan naluri ibu bapa yang sejati
Kandungan Program
Pertama : Membina Semangat Keibubapaan
- Merasa kejayaan anak sebagai kejayaan diri sendiri
- Sudi korbankan kepentingan diri dalam usaha untuk
membina kecemerlangan anak .
Ke dua : Menangani anak yang tidak berminat terhadap
pembelajaran
1. Mengenal
faktor yang menurunkan semangat perjuangan anak
2. Cara
komunikasi positif yang dapat memulihkan semangat anak
Ke tiga : Mencungkil bakat dan kemahiran anak
1. Membolehkan potensi terpendam anak
diasah sejak kecil
2. Memahami kelemahan dan kekuatan
anak. Membantu anak menangani kemajuan diri secara berperingkat.
Ke empat : Membina anak yang kebal terhadap masalah
sosial
- Membantu anak membezakan yang baik dan yang salah.
- Memberi kesedaran dalaman untuk anak agar dapat
membuat pilihan yang bijak terhadap pengaruh luar yang terus mendatang
- Menanam nilai-nilai diri yang murni dalam jiwa
raga anak
Ke lima : Kualiti ibu
bapa cemerlang
- Mengenal sifat keperibadian seorang ibu bapa
yang cemerlang
- Menyesuaikan diri dengan sikap keperibadian anak
yang berbeza dari ibu bapa dan bagaimana hidup bersama secara damai
- Mengurangkan jurang perhubungan dengan anak.
Ke enam : Membina
budaya rumah yang cemerlang
- Sistem pengurusan dan penyeliaan anak yang
positif
- Membina kepimpinan
anak di rumah
- Mengatur jadual tugasan anak. Memperkenalkan
makna pengurusan keluarga di kalangan anak-anak.
Cara pengendalian program
- Para ibu bapa akan memahami konsep dan falsafah
kecemerlangan keluarga.
2. Aktiviti berkumpulan
- Aktiviti bersaling membina kefahaman terhadap
konsep yang disampaikan.
3. Renungan
- Ibu bapa dapat menghayati makna dan tanggung jawan keibubapaan dengan melakukan penghayatan bersama muzik sentimental.
4. Lagu
- Lagu motivasi dan patriotik dinyanyikan bersama
dengan aksi badan yang menarik.
- Lagu Anak Ku
Sazali
- Lagu Sejahtera Malaysia
Perantara
Bahasa
Kursus akan
dikendalikan dalam : Bahasa Melayu , Inggeris . Tamil atau Bahasa Mandarin
Masa kursus
Masa : 2.00 petang ke 5 petang
Selepas program ini
- Ibu bapa
akan dapat meningkatkan kefahaman mereka sebagai penggerak dalam usaha
meningkatkan kecemerlangan anak.
- Ibu bapa akan dapat meningkatkan kesedaran diri
tentang makna keibubapaan dan dapat memimpin anak dengan lebih
bersungguh-sungguh
- Ibu bapa akan dapat mengenal cara mendidik dan
membimbing anak dengan lebih berkesan
Kos pengendalian program
- Setiap orang ibu bapa dikenakan
kos kursus RM5seorang
/ jam
- Ditaja sepenuhnya
oleh PIBG