Program
Kesedaran Lasak
Sukatan
Top (HRD) Training Consultant
Program Kesedaran Lasak
Sukatan Kursus
Pengenalan
Masalah disiplin
pelajar-pelajar sudah menjadi suatu fenomena yang semakin mencabar di
kebanyakan sekolah. Biarpun peratus pelajar yang terlibat dalam masalah ini
tidaklah ramai, tetapi bilangannya semakin bertambah. Ini memberi tekanan kepada guru-guru dan ia
juga menjejaskan budaya kecemerlangan sekolah. Ramai juga pelajar yang berisiko
tidak semestinya terlibat dalam gejala sosial, tetapi mereka mempunyai sikap
yang kurang sihat seperti suka memberontak, degil, tidak menghormati guru dan
sebagainya.
Masalah pelajar berisiko
memberi beban tambahan kepada guru-guru sekolah sehingga menjejaskan tugasan
mengajar. Mereka juga boleh memperdaya pelajar lain sehingga membentuk pasukan
kongsi gelap seperti yang terjadi di beberapa sekolah.
Ramai pelajar berisiko tidak
mempunyai asuhan dan perhatian yang serius dari ibu bapa. Mereka suka merayau
di tempat-tempat yang kurang produktif seperti Cyber Café, tidak menyiapkan
kerja sekolah, datang ke sekolah dengan imej yang selekeh.
Usaha untuk membantu mereka
mengenal diri sendiri adalah menjadi teras utama program ini.
Program ini dibentuk berasakan pengalaman kaunseling
dalam aspek psikologi remaja dan masalah belia.
Ia
bertujuan untuk memberi kesedaran memajukan diri ke arah kejayaan hidup.
Antara masalah yang membelanggu pelajar berisiko
adalah seperti berikut:
n
Pelajar
yang tidak mempunyai cita-cita akan membawa diri tanpa haluan. Mereka mudah terpedaya oleh rakan yang
negatif.
n
Budaya
keluarga yang bermasalah juga akan membentuk keperibadian yang keras, kurang
bermoral dan agresif ; jika diri pelajar tidak mempunyai pegangan moral dan
kendiri yang kuat.
n
Pelajar
yang suka memberontak dan melawan, sikap kurang sopan dan tidak menghormati
orang lain hendaklah diasuh dengan keinsafan.
Pepatah Inggeris berkata, “Jangan lakukan sesuatu yang anda tidak
hendakkan orang lain lakukan pada anda.”
Kursus ini bertujuan
untuk mencetuskan keinsafan pada pelajar tentang pentingnya mempergunakan waktu
remaja dengan sebaik-baiknya demi masa depan mereka.
Nilai-nilai
hidup yang positif disepadukan bersama dengan seni pengurusan hidup. Kebanyakan pelajar yang negatif dan
bermasalah tidak didedahkan dengan teknik kehidupan yang konstruktif.
Kandungan kursus termasuk:
Zaman remaja merupakan usia keemasan seorang insan. Jika ia diusahakan dengan baik, seseorang
akan memiliki hidup yang selesa dan
berkualiti. Sebaliknya, jika waktu remaja disia-siakan dengan aktiviti yang
tidak baik, masa depan menjadi layu dan tidak produktif.
Remaja yang tidak mempunyai minat untuk belajar akan cuba melarikan diri
secara ponteng atau mencari peluang kerja di luar. Kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan
di alaf baru merupakan suatu senjata kehidupan untuk bersaing dalam dunia yang
semakin sengit dan mencabar.
Ramai remaja yang berisiko tinggi datang dari keluarga yang bermasalah dan
kurang jagaan ibubapa. Ramai yang cuba
memberontak di rumah dan tidak menerima teguran. Sebelum mereka berdikari dan dapat mencari
nafkah sendiri, mereka hendaklah merendahkan diri untuk hidup berharmoni dengan
ahli keluarga lain biarpun masing-masing mempunyai kekurangan dan kesilapan.
Ramai pelajar terjebak dalam kancah rokok dan maksiat atas dorongan dan
pengaruh kawan. Akhirnya, mereka terus
melibatkan diri atas rasa bersepakat dalam pasukan. Adalah penting untuk mereka mengasingkan diri
dari kawan yang bermasalah dan mencari ruang hidup sendiri yang positif.
Pelajar yang berisiko mudah terpedaya oleh kawan disebabkan diri mereka
tidak mempunyai kawalan diri yang kuat (disiplin). Disiplin bermaksud bertindak mengikut
kewarasan minda dengan mempertimbangkan samada perkara yang dilakukan itu
penting untuk masa depannya. Untuk mencapai tujuan
ini, seseorang remaja hendaklah mengelakkan tindakan secara emosi.
Tidak seorang pun yang dikatakan sempurna. Setiap insan boleh melakukan kesilapan. Yang penting , mereka tidak mengulangi
kesilapan yang sama. Mereka yang terus dilamun mimpi kesesatan akan hanya sedar
bila sesuatu tragedi berlaku yang mungkin mencederakan dan menjatuhkan martabat
dirinya. Pihak remaja hendaklah dibangunkan sebelum terlewat.
Pelajar yang suka memberontak dan membangkang kerana keperibadian mereka
yang suka marah. Mereka perlu sedar
setiap kejadian yang mencetus ketidakpuasan diri adalah disebabkan kekurangan
diri sendiri. Ramai remaja sering
mencari penyelesaian luaran dan gagal meneroka kesilapan diri.
Ibu bapa yang sibuk dan kurang pendekatan kaunseling akan membiarkan anak
mereka berkembang secara sendiri tanpa diselitkan asuhan yang membina. Akibatnya, pihak remaja tidak mempunyai
panduan yang konstruktif. Untuk
membolehkan mereka berkembang dengan baik dalam keadaan yang negatif, mereka
hendaklah memiliki pegangan diri yang mulia berasaskan falsafah kejayaan insan.
Pelajar yang berisiko tinggi perlu memiliki
nilai-nilai berikut: :
Tidak melakukan sesuatu mengikut perasaan (suka hati). Bertindak berdasarkan keperluan dan
tanggungjawab diri biarpun tidak selasi dengan niat anda. Jika dirinya
merancang untuk mengulangkaji lima jam hari ini, beliau akan lakukan biarpun
dia tidak suka.
Belajar bukan sekadar
untuk peperiksaan, tetapi juga untuk untuk mencipta masa depan kerjaya dan
kekeluargaan yang bahagia. Negara sedang menunggu kehadiran mu.
Pelajar hendaklah
menguatkan keupayaan mereka untuk mengelolakan hidup sendiri dengan seni
pengurusan hidup. Mereka hendaklah faham
bahawa jagaan ibu bapa adalah sementara.
Pelajar hendaklah faham waktu berborak kosong dan
lepak hanya akan merosakkan masa depan mereka.
Mereka
hendaklah mengisi setiap detik hidup mereka dengan aktiviti yang lebih
bermanfaat.
Pelajar berisiko sering
tertarik dengan berbagai aktiviti yang bersifat hiburan dan keseronakan. Nikmat sementara sekarang mungkin akan bertukar menjadi
racun hidup suatu hari. Mereka hendaklah mengorbankan aktiviti yang bersifat
keseronokan demi kejayaan diri.
Pelajar hendaklah menerima setiap masalah dan kesilapan diri sebagai
tanggungjawab diri.
Untuk membolehkan pelajar
mengenepikan ego diri dan blok komunikasi.
Untuk menanam rasa bersimpati dan jiwa integrasi
antara insan yang mempunyai berbagai perbezaan.
Niat meneroka jalan kejayaan merupakan aset yang
penting untuk remaja biarpun mereka tidak mempunyai pedoman yang konstruktif.
Ini bermakna keadaan sekarang biarpun kurang membina,
ini bukan bermakna dirinya tidak boleh berjaya.
Niat untuk berjaya merupakan suatu nilai yang
membezakan tahap dan kualiti hidup seseorang.
Lagu-lagu
berikut telah dipilih untuk diselitkan sebagai suatu sokongan program:
Lagu ini sering
diperkenalkan oleh Jabatan Perpaduan Negera untuk Kem Tatanegar. Ia memberi
ilhan untuk seseorang yang berjaya (dari atas gunung) untuk berbakti pada nusa
dan bangsa.
Sebelum berjaya,
pelajar bagaikan bernafas dalam lumpur. Biarpun kasihan, ia
adalah suatu pelaburan masa depan.
Suatu lagu
patriotik yang menyeru rakyat menangkis kemiskinan dan mencari kejayaan.
Peserta diminta melakukan beberapa gerakan untuk
membolehkan mereka belajar dari kesilapan sendiri. Setiap aktiviti akan disertakan dengan teguran yang membina.
Peserta kursus diasuh secara kaunseling oral untuk
menyedarkan kesilapan dan seterusnya mendorong mereka untuk mencari
penyelesaian.
Peserta diminta menjawab soalan-soalan yang berkaitan
dengan hidup,
Pelajar menjalankan penghayatan berlatar musik untuk
membina wawasan hidup. Recall pengalaman lalu juga merupakan inti pati program.
Pelajar diminta
melelapkan mata dan menghayati perkara-perkara berikut diringi dengan musik dan
lagu
Adakah diri menjalankan tugasan serta kewajipan pelajar dengan penuh
dedikasi. Adakah diri ponteng, malas
dan melakukan sesuatu yang tidak sihat (bertentangan dengan peraturan dan
ajaran agama)
Diri diasuh dan dibesarkan oleh ibu bapa, dengan wang tidak kurang dari
RM50,000 dalam bentuk makanan (365 hari
X 16 tahun X RM8) dan perbelanjaan lain.
Jangan lupa, anda masih
berhutang dengan mereka.
Sudah pasti,
hadiah yang terbaik ialah berjaya masuk ke universiti, Bawakan kedua-dua ibu bapa dan bergambar di
gerbang universiti. Buktikan diri menjadi seorang yang berguna kepada
masyarakat.
Keupayaan diri menerima masalah sebagai suatu proses pembelajaran. Menjadikan hidup lebih bermakna dengan
menimpa ilmu dari setiap masalah yang berlaku.
Berani menyahut cabaran. Tukarkan
penghalang dan masalah menjadi suatu penyelesaian.
Ingatlah, wawasa 2020, waktu tersebut, usia anda telah menjangkaui 40 tahun. Kejayaan wawasan 2020 ada dalam tangan anda
semua. Jangan megeciwakan negara
tercinta anda, tanah tumpah darah yang kehausan setitik embun dari Menara
Gading yang anda kecapi kelak.
Wujudkan rasa hormat-menghormati di antara satu sama lain. Bergamding bahu membentuk suatu bangsa
hidup penuh
dengan ranjau dan duri. Yang penting,
setiap pelajar sedia mengharunginya dengan tabah. Jangan takut pada kekalahan, kesakitan dan masalah.
Setiap manusia bisa membawa kekurangan dan kelemahan. Ini bukanlah sesuatu yang memalukan selagi
diri ikhlas dan jujur untuk memperbaikinya.
Mulakan kehidupan baru meninggalkan kulit lama bagaikan ular melepaskan
kulitnya.
Maafkan kepada
sesiapa yang telah menyakitkan hati anda.
Anda juga perlu sedar, ada masanya, anda juga memerlukan maaf dari orang
lain kerana diri anda melakukan kesilapan.
Adalah berharap program ini dapat menanam benih kejayaan pada peserta untuk
menerokai hidup ke tahap yang lebih cemerlang.