Siri Kursus
Autogenesis
Program berikut direka khas oleh Hilter
Yew, Pakar Autogenesis atas pengalaman beliau lebih dari 18 tahun dalam arena
kejurulatihan. Program-program ini menggunakan prinsip
penerokaan jiwa dan bakat diri dengan penerokaan minda bersifat pemantauan masa
depan.
Program ini direka khas untuk pelajar PMR,
SPM, STPM. Pelajar akan mendapat suntikan inspirasi tentang sikap pembelajaran
yang positif. Pelajar
juga akan menjalankan analisis keperibadian dan mengenal dir dengan Inventori
DISC. Pelajar juga mendapat suntikan impian universiti dengan Aplikasi
Autogenesis dan mengukuhkan persiapan dengan teknik pembelajaran sistematik
yang diamalkan oleh pelajar cemerlang. Program ini mengambil masa lima jam
(Setengah hari)
Program ini direka khas untuk pengawas
sekolah, pemimpin persatuan. Pelajar akan didedahkan dengan sifat pemimpin yang
cemerlang; bagaimana membawa persatuan ke mercu kejayaan. Pelajar juga di
dedahkan lima strategi pengukuhan semangat berpasukan demi melahirkan pemimpin
yang berstatus EQ cemerlang. Program ini mengambil masa sehari.
Program ini khas untuk membuka minda
pelajar yang dikategori sebagai lemah dan tidak berminat dengan pembelajaran.
Pelajar akan disuntik nilai-nilai kesedaran dan perubahan sikap. Program ini
dikendalikan dengan pendekatan komando (keras) disebati dengan nilai-nilai
penghayatan yang menyentuh emosi pelajar. Program ini mengambil masa dua hari.
Program
ini meneroka naluri keibubapaan dan membina semangat untuk membantu anak
mencapai kecemerlangan dalam hidup. Peserta akan menjalankan Autogenesis
memantau kejayaan anak diikuti dengan strategi mendidik anak secara positif.
Program ini akan mencetuskan rasa tanggung-jawab terhadap kejayaan anak. Program mengambil masa tiga jam.
Program ini menghidupkan semula
semangat perguruan yang sejati dan membantu guru mengenal erti profesionlism.
Para guru akan menghayati kemuliaan kerjaya dengan episod Autogenesis yang
bersifat kreatif dan realistik. Ini termasuk kejayaan sebagai Tokoh Guru Negara
dan Imaginasi Semburan Emas dari gunung. Sentuhan emosi sedemikian akan menguatkan azam untuk terus berbakti kepada
pelajar-pelajar. Program mengambil masa tiga jam.
Catatan:
Hubungi 016-8120302 , email : training@hilteryew.com untuk maklumat
lanjut