|
|
|
 |
 |
 |
| Bina Landasan Hidup ANDA |
| Selalu bertanya.... |
| Apa yang telah saya lakukan hari ini?. |
| Saat ini, ketika ini… |
| Siapkan apa yang terpikul dengan sempurna |
| Matlamat akhir akan melayan diri sendiri. |
| Anda adalah apa yang anda buat 20 tahun yang lalu? |
| Demikian juga keadaan 20 tahun akan datang. |
| Bergantung kepada apa yang sedang dan akan lakukan..... |
| Ingat, setaip situasi adalah peluang. |
| Terlalu ramai mengharap akan persekitaran berubah. |
| Masa terus berlalu, keajaiban tidak timbul. |
| Mengkhayal jauh ke dunia masa depan yang belum terpijak. |
| Lalai komitmen kini dengan citarasa berseronok. |
| Yang khayal akan tetap sebagai khayalan. |
| Lepaskan diri dari keadaan sekarang. |
| Dengan melakukan sebaik apa yang sedang dipertanggungjawabkan. |
| Asas masa depan bergantung kepada tindakan saat ini. Yang lalu telah berlalu..... |
| Mulakanlah sekarang… |
| Bangunan 30 tingkat tanpa landasan akan runtuh. |
| Mustahil anda membina tingkat ke dua tanpa tingkat pertama. |
| Bayi yang berlari perlu belajar merangkak dahulu. |
| Sabarlah, masa akan sampai juga. |
| Hidup dalam kenyataan, jangan melepaskan batuk di tangga. |
| Genggamkan masa kini, burung seekor ditangan lebih berharga dari dua ekor yang berada dalam belukar. |
| Setahap mana kedudukan kini dan pencapaian kini tidaklah penting, lakukannya juga. |
| Kerana yang lebih penting ialah dimana anda hendak pergi. |
| Hilter Yew |
 |