Buka Mata Hatiku
Hatimu bagaikan jendela
Dedahkanlah untuk disinar oleh Sang Suria
 
…….. Kerana terlantar di dalam
 Benih keikhlasan dan kejujuran
Yang sedia bercambah mencari kebenaran
Yang sekian lama tertekan tanpa bernafas
Yang sekian lama terkonkong tanpa kebebasan
Yang sekian lama dicabar bila menegakkan kemulian
 
Kini ku mula sedar,
Segala kepalsuan sedia ku hancurkan
Walau kedegilan terus menghambakan jiwa ragaku
Aku tetap berani menegakkan kebenaran
Demi kenyataan hidup yang sejagat
Aku sedia mencelikkan mata hatiku
Dan menghidupkan nilai murni nun suci
Walau ku nampak istimewa dari yang lain
Tetap ku layarkan hasrat sejati ini
Agar tidak terlewat suatu ketika
Tersentak dari  tidur yang berabad
 
Ku sedia bukakan hatiku
Dami keunggulan dan kejayaan
 
Coretan Hilter Yew
Created with ClickArt Web Site Workshop.