Kuasa Diri
 
Gagah dari rupa hanyalah suatu tayangan
Gagah dari dalam merupakan suatu kekuatan
 
Kuasa adalah imej minda
Ia menggambarkan kualiti diri anda
Ia menggambarkan keperibadian anda
 
Orang yang gagah bagaikan intan
Bersinar dengan kilauan yang ceria
Orang yang gagah diibaratkan kilat
Menerangkan angkasa dan menggegarkan alam
 
Sememangnya
Orang yang gagah terus berjuang...
Biar pun ribuan kali dikecam kegagalan
Orang yang gagah terus membina...
Biar pun ramai orang tidak restukan perjuangannya
Orang yang gagah tidak mengenal takut...
Biar pun tugasan berisiko dan mencabar
 
Kegagahan menyambar segala ujian
Kegagahan menangkis segala pancaroba
Kegagahan mencetuskan kekuatan yang kental
 
Kebal, tahan lasak dan bersemangat
Sememangnya orang yang gagah adalah insan yang luar biasa.
 
Hilter Yew