Biogenic Mind Motivasiti

(Bernaung di bawah Biogenic Aura Crest Academy)

Kertas Kerja Projek
 Biogenic Mind Motivasiti

Unit Pendidikan BACA

Pengenalan

Abang Yew bersama barisan “Biogenic Founding Members” telah mempelopori Seminar Kebangkitan Garudapi yang berlandaskan Simulasi “Biogenik Minda” atau dikenali sebagai “Biogenic Mind Visualization” dalam bahasa Inggeris .  Program tersebut adalah suatu revolusi pembangunan sikap yang terulung di Malaysia dengan menggunakan pendekatan imaginasi dan psikologi musik.  Sesiapa yang menggunakan model tersebut dalam program motivasi / jati diri akan digelar “Biogenic Mind Motivator”

Memandangkan Biogenic Model masih belum dikenali ramai, Abang Yew  membawa misi untuk memperkenalkan model tersebut kepada semua warga pendidik di Malaysia sebagai suatu peranan tanggungjawab sosial. Beliau berharap dapat meninggalkan suatu legasi pendidikan yang bakal mengubah nasib bangsa dan negara tersayang.

Untuk menjayakan misi tersebut, Abang Yew telah menubuhkan Biogenic Mind Motivasiti pada tahun 2012. Organisasi ini adalah salah satu unit pendidikan yang bernaung di bawah Biogenic Aura Crest Academy.

Latar belakang dunia motivasi

Latihan mental telah menjadi suatu program wajib dalam kursus ketenteraan, pertandingan Olimpik dan arena mencabar yang menguji ketahanan minda serta disiplin diri yang tinggi. Insan yang mempunyai kualiti jati diri yang tinggi terbukti dapat mempersembahkan prestasi yang unggul biarpun berhadapan dengan berbagai tekanan, cabaran dan masalah. Jelasnya, kecemerlangan tidak hanya bergantung pada penguasaan ilmu dan kemahiran semata-mata. Seseorang yang dikatakan “cemerlang” perlu juga mempamerkan sifat diri yang terpuji dari segi sikap dan ketrampilan diri.

Program Jati Diri sebelum ini mendapat berbagai kecaman dari peserta kerana gagal membentuk kelangsungan abadi dalam jiwa raga seseorang. Sering kali, kehangatan terhadap ajaran program akan lenyap setelah beberapa minggu meninggalkan kursus motivasi. Peserta seringkali diberi suntikan kesedaran dengan meneroka emosi dengan kaedah “recall”.  Program yang berjaya sering dikaitkan dengan airmata yang turun membasahi pipi peserta. Akhirnya, emosi seperti ini hanya sementara dan gagal membentuk suatu seruan yang berpanjangan dalam jiwa raga mereka.

Penggubalan Biogenic tidak menafikan kepentingan dan keberkesanan kaedah “recall” dalam usaha membentuk keinsafan dan mengukuhkan kualiti diri.  Dari kajian psikologi manusia, kejayaan hakiki memerlukan dorongan ke depan lebih dari memantau hidup yang lalu. Bila kemahuan untuk cemerlang telah berakar umbi dalam jiwa seseorang, Ia akan menjadi suatu magnet yang menarik seseorang menuju ke mercu kejayaan tanpa “rasa dipaksa”. Ini bermaksud, kerelaan untuk berjuang dengan gigih adalah secara terus dikaitkan dengan “matlamat” atau “impian” yang tercoret dalam minda. Daya kemajuan sedemikian akan mencetuskan suatu “magnet” untuk seseorang mengharungi segala dugaan dan SAMPAI ke destinasi yang dihajatkan.

 

Prinsip Latihan Biogenic Minda

(Biogenic Mental Training )

 

Latihan Biogenic Minda direka berasaskan falsafah kejayaan yang disebut ooleh Napoleon Hill yang berbungi “Whatever your mind can conceive, vividly imagine, urdently desire, sincerely believe and enthusiastically act upon, will ultimately come to pass”. Peserta kursus diberi peluang untuk membentuk imaginasi kreatif dan imaginasi realistik dalam usaha untuk membantu mereka mencoretkan suatu “video minda” yang bakal memainkan peranan sebagai “Magnet Kejayaannya” dalam hidup.

Proses latihan Biogenic mengadunkan “Psikologi Musik” dan “Isu sensasi” untuk membolehkan peserta menghayati setiap proses dengan penuh perasaan. Peserta akan tersentuh secara emosi dan ada juga yang menggugurkan air mata kerana memikirkan segala kehebatan yang bakal berlaku dalam hidupnya.

Contohnya, jaguh Olimpik akan menggugurkan air mata kesyukuran dalam proses Biogenic merasa saat kegemilangan mereka menerima pingat emas dalam pertandingan akhir. Semua pemantauan minda yang bersifat “masa depan” terbukti membentuk suatu “Igauan minda” yang menyeru seseorang untuk menyempurnakan misi diri.

Berbeza dengan recall, proses Biogenic menjadi suatu sukatan aplikasi harian yang boleh dilakukan oleh peserta kursus di rumah setiap hari. Semakin dirinya menayangkan video minda masa depan, semakin tinggilah kemahuannya untuk menyempurnakan misi tersebut. Pengamal Biogenic juga menunjukkan kesan respon psikologi yang lebih tinggi bila proses ulangan dilakukan lebih seratus kali dalam mindanya. Kesan psikologi seperti ini dikenali “Simulasi Minda”. Pada saat tersebut, seseorang tidak akan membezakan apa yang sebenarnya akan berlaku dengan fantasi masa depan yang sedang dibayangkan dalam mindanya.

Sebaliknya, kesan recall tidak memaparkan kesan psikologi dengan amalan pengukuhan. Peserta yang menjalankan recall lebih dua kali mendapati kesan psikologi menurun dan mereka mula merasa basi dengan penyampaian yang bersifat ulangan.

 

Sejarah Pembangunan Biogenic Model

Ilmu pemantauan hidup dengan memiankan video minda telah lama diperkenalkan oleh Guru Motivasi sedunia.  Tanpa disedari, pengasas Biogenic Mind Motivasiti Malaysia telah mempraktiskan “teknik simulasi minda” sejak di bangku sekolah menengah dengan memikirkan impian untuk belajar di universiti. Beliau memikirkan saat berpisah dengan ibu bapa di lapangan terbang  dan bertolak ke universiti. Setelah beberapa tahun, impian universitinya telah tercapai. Beliau telah menamatkan ijazah di UKM. Sejak tahun 2002, beliau mengajar di KK High School dan mula memperkenalkan ilmu tersebut kepada pelajar-pelajarnya. Ramai dari mereka yang ikhlas mengamalkan ilmu Simulasi Minda mula menampakkan kejayaan yang nyata dalam apa sahaja yang mereka perjuangkan. Ramai pelajar yang mundur menjadi maju, yang lemah menjadi kuat. Program seperti ini jelas “mengubah nasib” pelajar-pelajar yang dikatakan “tiada harapan”.

Atas amalan latihan program ini selama 18 tahun, kini Abang Yew telah menjadi Pakar Biogenic dan pengasas Biogenic Mind Motiversiti.  Beliau juga telah merakam 10 Siri CD Audio ‘Biogenik Minda”yang merakumi berbagai aspek kecemerlangan hidup. Abang Yew juga menulis sebuah buku yang bertajuk “Rahsia Mengubah Nasib Anda’.

Sehingga ini, Abang Yew dan barisan penceramah bertauliah dalam bidang Biogenic menawarkan perkhidmatan seminar untuk syarikat dan belia seluruh negara menggunakan amalan “Simulasi Minda”. Lebih 50,000 peserta kursus telah mendapat manfaat dari program sedemikian.

 

Apakah prospek motivasi Biogenik Minda di Malaysia

Pepatah menyatakan “Suatu keinginan mutlak yang dicari-cari manusia ialah kehendak untuk memenuhi hajatnya sendiri”. Jelas sekali, selagi manusia hendakkan kemajuan dan kejayaan, selagi itulah ilmu motivasi diperlukan.  Motivasi Biogenik Minda menjadi suatu pembekal moral dan membakar semangat perjuangan untuk menukar impian menjadi kenyataan.

Dengan melancarkan program Biogenic Minda, program motivasi akan melangkah setapak ke depan dan menukar module penyampaian lalu yang bersifat “Recall” kepada sifat “Futuristic”. Dengan adanya program Biogenic Minda, program motivasi tidak lagi menimbulkan soal keberkesanan. Ini kerana peserta kursus akan meneruskan prakis Biogenic di rumah dan mengekalkan daya motivasi setiap hari dalam hidup mereka.

Dengan adanya ilmu Biogenic , setiap orang yang mempunyai bakat bercakap boleh menjadi Pakar Motivasi. Anda akan dapati keupayaan anda membantu insan lain mencapai impian hidup mereka menjadi suatu kepuasan dalam hidup. Seseorang tidak lagi melihat Pakar Motivasi sebagai model atas kehebatannya, tetapi melihat diri sendiri sebagai model kejayaan yang bakal direalisasikan.

 

Lima Mitos Pakar Motivasi

Mitos pertama : Adalah seseorang perlu kelayakan ilmu motivasi

Ada orang menyatakan seseorang perlu mempunyai kelayakan motivasi untuk membolehkan dirinya menjadi pakar dalam bidang tersebut. Melalui pengamatan saya,  orang yang bermotivasi dan berjaya mencapai kecemerlangan luar biasa dalam hidup adalah orang yang lebih layak untuk menyampaikan ilmu motivasi dengan “kesungguhan”. Ini kerana kisah benar adalah lebih menyakinkan berbanding dengan cerita buatan atau pinjaman orang lain. Tetapi , kelayakan motivasi dengan ilmu kejayaan dari pakar motivasi lain pasti dapat mengukuhkan kefahaman seseorang.

 

Mitos kedua : Pakar Motivasi seorang yang sempurna

Selalunya, Pakar Motivasi yang pernah kecundang dalam mana-mana aspek kehidupan dianggap tidak layak menceritakan “ilmu kejayaan”. Melalui pengamatan saya, tidak ada orang yang tidak pernah gagal dalam hidup. Ujian motivasi yang paling besar ialah sejauhmanakah keupayaan anda bangun semula dari kegagalan dan membentuk semula kejayaan dan kecemerlangan yang anda hajatkan. Sememangnya, tidak ada insan yang dikatakan sempurna dan tidak pernah gagal dalam hidup.

 

Mitos ketiga : Pakar Motivasi perlu mempunyai status hidup yang tinggi

Mengukur kejayaan dari status luaran telah menjadi suatu ukuran kelayakan seseorang dalam program kejayaan diri. Melalui pengamatan saya, kejayaan dari luaran hanyalah suatu perhiasan semata-mata. Seseorang yang  berjaya dan mempunyai tabung wang yang banyak untuk didermakan kepada badan kebajikan atau orang-orang tuanya tanpa hiasan luaran sudah pasti lebih mulia dari insan yang gagal menyempurnakan kebaikan tersebut tetapi kelihatan “glamour” dari luaran.  Pada hakikat lain, saya perhatikan insan yang mempunyai impian dan masih mengejar impian hidup lebih layak dari orang yang kelihatan berjaya tetapi dah “cool down’ dalam perjuangan hidupnya. Ramai dari orang berjaya secara material mempunyai pemikiran “cukup” , sudah pasti  semangat kemajuan juga turut terbantut. Apakah mereka masih layak dikenali “Pakar Motivasi”/

 

Mitos Ke empat : Motivasi perlu mempunyai sorakan dan laungan

Bila program motivasi ditamatkan dengan kesinsafan , ada yang menyatakan tidak berkesan. Pada pengamatan saya, perasaan tidaklah penting dalam program motivasi. Yang menjadi tunjang motivasi ialah bagaimana membawa perasaan tersebut menjadi suatu tindakan realiti dalam hidup. Ramainya orang yang bersorak dan berlaung slogan tetapi berakhir dengan motivasi sementara sahaja. Ini kerana dalam hati, mereka masih tidak nampak suatu misi yang jelas untuk diperjuangkan.

 

Mitos ke lima : Motivasi adalah suatu proses segera dan spontan

Jika ilmu motivasi boleh menukar nasib manusia, dunia ini akan penuh dengan insan yang berjaya dan kaya raya. Pada pengamatan saya, motivasi memerlukan ulangan, baik dilakukan secara persendirian di rumah atau menghadiri kelas pengukuhan. Tanpa ulangan, seseorang akan mudah terbawa pada sikap lama. Bila seseorang mengenal amalan motivasi yang perlu dilakukan setiap hari, proses memantapkan motivasi diri menjadi semakin nyata.

 

Bagaimana Biogenic Mind Motivasiti  membantu anda menjadi seorang Pakar Motivasi ?

Setiap orang mempunyai bakat terpendam. Begitu juga dengan anda. Bakat anda untuk menjadi Pakar Motivasi adalah suatu “intan” yang menunggu untuk dikilapkan. Anda mungkin mempunyai kemahuan untuk berdikari dan menceburi bidang ini sepenuh masa. Hajat anda untuk menolong insan dunia mengubah nasib mereka mereka telah bersemarak menjadi suatu misi hidup anda. Tetapi, sampai kini anda masih terikat dengan berbagai komitmen lain sehingga idea dan cita-cita mulia anda terpendam dalam hati tanpa diterokai.

Biogenic Mind Motivasiti memberi suatu laluan untuk anda menjayakan harapan anda.  Modul latihan yang lengkap, slide dan aktiviti kursus telah digubal oleh Abang Yew   berasaskan pengalaman mereka berpuluh tahun dalam bidang tersebut. Anda akan dipelawa untuk menyumbang sajian program sokongan ini sebagai suatu latihan praktikal di pusat-pusat anak yatim yang terpilih sebelum anda memulakan kerjaya professional untuk menerima bayaran kursus dari pelanggan anda.

Dalam adanya sokongan dari Biogenic Mind Motivasiti , anda akan dapat :

»        Menyelesaikan semua kemusykilan mengenai ilmu motivasi

»        Mereka-bentuk (Design) modul kursus yang sesuai dengan kumpulan sasar yang berbeza latarbelakang dan usia

»        Mengenal cara tele-komunikasi dengan pelanggan

»        Mengenal cara menyediakan kertas kerja (proposal ) untuk prospek

»        Mengenal cara bersemuka dengan prospek

»        Mengenal saluran pasaran yang sesuai untuk anda

»        Membina kerjaya sepenuh masa dalam tempoh kurang dari dua tahun

 

Dari pengamatan saya kepada Pakar Motivasi yang telah berkecimpung dalam kerjaya ini secara sepenuh masa berbanding dengan insan yang melakukan secara “amateur”, jelas bergantung kepada “keyakinan diri” untuk menyahut semua risiko yang bakal berlaku. Biogenic Mind Motivasiti mengenal “risiko” dan “cabaran” yang bakal anda hadapi. Kami telah menyediakan segala sokongan fizikal dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan anda menjayakan impian anda dengan suatu proses yang mudah dan terjamin.

 

Kebaikan menyertai Biogenic Mind Motivasiti

Semakin ramai Pakar Motivasi yang berimpian tinggi memulakan kerjaya mereka dengan mendirikan pusat konsultansi.  Skop pemasaran sering tercabar atas keyakinan pihak prospek membuat pilihan motivator yang terbaik. Setiap Pakar Motivasi yang hebat terpaksa memasar keunikan program dengan harapan untuk mendapatkan peluang menabur jasa mereka.

Biogenic Mind Motivasiti membentuk suatu platform untuk menggabungkan tenaga dan sumber motivasi dari semua Pakar Motivasi. Melalui projek kerjasama seperti ini, kita dapat membentuk suatu “branding” atau jenama yang unik untuk memasarkan program motivasi. Pepatah menyatakan “One man show can make you a hero, but team work help you to shake the world.” Bila kita hendak membantu lebih ramai insan dunia, maka kita hendaklah bersedia membesarkan pasukan kita dan bukan “Berseorangan”s

 

Biogenic Mind Motivasiti memberi keistimewaan berikut untuk anda :

  1. Bila kita berkongsi ilmu dan sumber kursus dalam Motivasiti, maka kita akan mendapat maklumat serta pendekatan kursus yang lebih berkualiti berbanding dengan hanya “lakukan sendiri” Pepatah menyatakan “Dua otak sentiasa lebih baik dari satu otak”
  2. Anda mendapat branding kumpulan. Anda dapat mengharumkan program berdasar kekuatan pasukan. Biarpun prestasi peribadi anda tidak sebaik orang lain, tetapi anda tetap mendapat penghormatan ramai berdasarkan “organisasi yang anda wakili”
  3. Anda juga membina branding individu dengan menerbitkan siri CD Audio yang bertajuk “Permata” dengan menggunakan “Prinsip Simulasi Minda”. Tujuan penyertaan Biogenic Mind Motivasiti bukan untuk melenyapkan identiti diri, tetapi sebaliknya menjayakan keunikan bakat yang ada pada diri anda.
  4. Anda mendapat publisiti suratkhabar secara perkongsian bersama. Kos iklan yang beribu ringgit mungkin hanya kurang dari seratus untuk anda. Ini berlaku kerana setiap ahli akan menyumbang peratusan wang untuk tabung pasukan.
  5. Anda dapat membentuk rombongan “Co-trainer” dengan berpandukan sukatan pembangunan (Train the Trainer) yang telah direka khas. Bila co-trainer anda bertambah, pendapatan anda juga bertambah juga
  6. Anda berpeluang menikmati “internet branding” dan menjadi tangga teratas dalam pencarian kata kunci seperti “Penceramah”, “Motivational speaker“, “Pakar Motivasi””Motivator” dan lain-lain.

 

Apakah prospek kerjaya Pakar Motivasi

Secara puratanya, kurang dari 10% sekolah yang memohon khidmat seminar dari Pakar Motivasi jemputan. Ini bermaksud lebih dari 500 sekolah seluruh Malaysia yang akan membuat jemputan tahunan untuk memberi suntikan inspirasi untuk pelajar.

Ramai kaunselor berpendapat, mereka mampu memberi kursus motivasi yang baik untuk pelajar. Jemputan luar hanya dilakukan atas faktor berikut:

  1. Kelemahan pelajar yang nyata , khasnya kumpulan berisiko dan bermasalah.
  2. Program jemputan luaran mempunyai keunikan agenda dan pendekatan kursus
  3. Penceramah jemputan mempunyai rekod kejayaan dan profile yang unik
  4. Sokongan kewangan dari PIBG
  5. Tajaan khas (Percuma ) dari penceramah / IPT yang menawarkan perkhidmatan motivasi sokongan mereka

Statistik menunjukkan hampir 90% dari sekolah tidak mempunyai sokongan motivasi luaran atas sebab berikut:

  1. Kewangan sekolah tidak mengizinkan
  2. Pihak sekolah tidak menggalakkan penceramah jemputan
  3. Belum ada program atau penawar khidmat motivasi yang menyakinkan

Biogenic Mind Motivasiti membawa misi untuk meningkatkan tahap penerapan kursus motivasi ke 30% dalam tempoh tiga tahun. Ini bermaksud jumlah sekolah yang akan menerima manfaat program motivasi akan meningkat ke dua ribu buah (3000) menjelang tahun 2014.

Secara puratanya, setiap sekolah memperuntukkan 400 pelajar (F3, F5), maka jumlah pelajar yang menyertai program motivasi berjumlah 120,000 orang setahun. Dengan berpandukan kiraan kos purata RM15 seorang, maka jumlah yuran professional yang akan dijana ialah RM1.2 juta setahun.

Projek rakasana seperti ini hanya akan disempurnakan jika kita dapat berganding bahu dn membina pasukan pengelola serta pengurus piawaian program secara sistematik kos kos yuran yang berpatutan.  Usaha mentauliahkan penceramah motivasi secara licensee adalah suatu proses untuk meningkatkan keyakinan pihak sekolah terhadap penceramah yang masuk ke sekolah. 

 

Kawalan kualiti penyampaian

Semenangnya, bukan semua Pakar Motivasi yang dapat mempamerkan prestasi yang dihendaki oleh sekolah. Banyak sekolah yang merasa kecewa dengan presentasi motivasi yang dikatakan tidak sesuai dengan budaya sekolah sehingga pihak sekolah meminta bayaran penuh balik. Ramai penceramah dapat menjanjikan program yang unik dengan kertas kerja yang menarik, tetapi pada hakikatnya presentasi mereka tidak memenuhi kehendak sekolah.

Untuk memastikan semua penceramah Biogenic Minda dapat menjalankan tugasan professional dengan baik, beberapa usaha berikut akan dilaksanakan untuk menjamin kawalan kualiti yang berterusan:

  1. Membuat analisis keperluan pra-kursus dengan sekolah
  2. Memperkenalkan sukatan wajib yang perlu disempurnakan dalam setiap sessi
  3. Menjalankan pengamatan ujian presentasi secara berterusan
  4. Memperkenalkan garis panduan etika (do and don’t )
  5. Mendirikan jawatankuasa pengelola kualiti kandungan kursus

 

Apakah komitmen Biogenic Mind Motivasiti kepada Pakar Motivasi

Setiap ahli baru yang menyertai Biogenic Mind Motivasiti akan mendapat sokongan berterusan untuk menjana pendapatan yang lumayan sehingga taraf lima angka sebulan. Selepas tahap tersebut, Biogenic Mind Motivasiti hanya menjalankan pematauan kualiti dan bukan untuk bantuan pemasaran. Berikut ini diberi gambaran pendapatan yang bakal dikecapi oleh seorang ahli licensee Biogenic Mind Motivasiti.

Yuran bayaran professional ditetapkan RM15X120 pelajar = 1800

Tahun (Prospek perkembangan )

Jumlah sekolah yang menerima khidmat motivasi dari anda setahun

Purata yuran Professional / bulan yang anda terima

Jumlah pendapatan tahunan anda

1

5

RM750

RM9000

2

10

RM1500

RM18000

3 (Sepenuh masa)

25

RM3750

RM45000

4

40

RM6000

RM72000

5

60

RM9000

RM108000

 

Berasaskan pada perancangan yang tertera diatas, kami akan membantu setiap Pakar Motivasi yang sedia mencebur diri sepenuh pada pada tahun ke tiga untuk merealisasikan impian pendapatan lima angka dalam tempoh tiga tahun.

Selain pendapatan dari yuran kursus, barisan Pakar Motivasi juga boleh menjana pendapatan dari :

  1. Penerbitan CD audio (Rakaman siri permata)
  2. Kem Cuti Sekolah (Projek gabungan)
  3. Ralli Pelajar Cemerlang (Projek Road Show)
  4. Produk Pendidikan Biogenik Minda
  5. Bimbingan peribadi dengan pelajar

 

Khidmat branding untuk Pakar Motivasi :

Setiap Pakar Motivasi yang berjaya mencapai target minima setahun akan menerima sokongan berikut :

»        Pembinaan serta Khidmat SEO laman web

»        Publisiti di radio dan TV

»        Publisiti di suratkhabar tempatan

 

Kami percaya, usaha membangunkan brandingan individu adalah sama penting dengan branding organisasi. Untuk itu, Biogenic Mind Motivasiti menyokong penuh usaha membina imej diri dalam aspek berikut:

»        Menggalakkan Pakar Motivasi meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi

»        Meneroka aspek kejayan yang boleh mengharumkan nama seseorang (rekod , pertandingan dan lain-lain. )

»        Meneroka penulisan ilmiah di ruang kolumnis suratkhabar atau majalah

 

Kesimpulan

Biogenic Mind Motivasiti adalah suatu platform untuk mencambahkan benih Pakar Motivasi yang berwawasan besar. Walau bagaimanapun, bukanlah semua orang yang hendak menjadi Pakar Motivasi perlu menyertai rombongan kami. Tetapi, kepada mereka yang sudi, Biogenic Mind Motivasiti adalah salah satu pilihan yang akan meloncatkan kerjaya anda dengan mendapat suatu sokongan yang padu dan terjamin untuk kerjaya masa depan berasaskan dokumentasi pengalaman serta kajian berabad dalam bidang motivasi. Jika kertas kerja ini sesuai dengan citarasa anda , hubungilah kami segera untuk mengetahui langkah seterusnya.