(Sukatan Terkini 2009)
Sikap
pembelajaran dan sikap kejayaan merupakan dua arena kecemerlangan yang menjadi
tunjang kemajuan pelajar. Penguasaan kedua-dua sikap tersebut akan membolehkan pelajar mencatat kejuaraan dalam apa jua
bidang.
Tabiat semulajadi seseorang adalah
hasil kombinasi sikap keperibadian dan perlakuan yang berulang sejak kecil
sehingga dirinya tidak mengenali blok minda yang masih
membuntui perkembangan diri. Ini
membuahkan sikap keperibadian yang akan menjelma tanpa
berfikir dan menjadi amalan harian automatik.
Program sehari ini memberi peluang
kepada pelajar menilai dan mengenal diri secara mendalam berpandukan analisis
keperibadian DISC. Pelajar akan dapat mengenal siri tindakan pemulihan yang sesuai
dengan keperluan sikap masing-masing demi mengisi kekurangan yang ada dalam
setiap kategori keperibadian. Di samping itu, pelajar juga
dapat mengenal kekuatan diri yang mereka miliki dan bakal menjadi tunjang
kejayaan jika diguna secara optimum.
Program PPC
memberi ramuan minda kejayaan yang dapat meneroka dan membongkar potensi
terpendam demi melahirkan juara dalam bidang akademik mahupun dalam bidang
sukan. Pelajar akan
menguasai ilmu kejayaan berpandukan keperluan sikap masing-masing. Ini membolehkan pelajar menjalankan anjakan sikap dengan berkesan
berpandukan analisis DISC masing-masing.
Tempoh Kursus :
Satu Hari (Jam 8.30am ke 4.30pm)
Yuran Penyertaan :
Tempat : Dewan
Masyarakat setiap daerah
RM10 seorang untuk program setengah hari.
Hilter Yew, Michael A/L Soosay,
Tuan Ungku Abdul Aziz Shah bin Ungku Chulan
Hilter telah mengendalikan latihan Autogenesis dan program bina insan untuk pihak swasta dan jabatan kerajaan dalam aspek Motivasi dan Kepimpinan, Pengukuhan Pasukan, Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang, Kejurujualan dan Seni Komunikasi Berkesan.
Hilter mengasas TOP (HRD) Training Consultant pada tahun 1997. Sebelum ini, beliau bertugas sebagai Guru Kaunseling di KK High School, juga seorang Jurulatih Agensi (Agency Trainer) untuk Syarikat Insurance MNI Cawangan Sabah.
Beliau melengkapkan Ijazah Sarjana Muda
Sains dari Universiti Kebangsaan
Beliau telah berjaya menjuarai kejohanan pidato di peringkat Asia Tenggara di bawah naungan Toastmasters International dalam kategori bahasa Mandarin dan Inggeris.
Kini beliau aktif dalam berbagai aktiviti sosial, khususnya Pergerakan Pengkap, Persatuan Karate Sabah, Kelab Penerbangan Sabah dan Kelab Penyelaman Skuba. Beliau dianugerahkan Pengakap Diraja dari DYMM yang Dipertuan Agong pada tahun 1997.Hilter juga seorang Pengarah Komission untuk Unit Pembangunan Latihan Tanjung Aru Junior Chamber (JAYCEES). Beliau dikurnia “Certified Member Trainer” dari Jaycees International pada tahun 1994.
Dalam sumbangan kemasyarakatan, beliau
merupakan seorang anggota Polis Diraja
Beliau diiktiraf sebagai Penceramah Professional di bawah naungan Persatuan Latihan dan Pembangunan Malaysia (MSTD), Kementerian Sumber Manusia sejak 1995.
Moto beliau ialah “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya”.
TOP (HRD) Training Consultant adalah
sebuah pusat perunding kejurulatihan sumber manusia dalam bidang pembangunan belia. Ia ditubuhkan pada tahun 1997 dan berpusat di
Matlamat kami yang utama ialah untuk merangka dan
memperkenalkan latihan dan kursus yang berkualiti dengan menawarkan maklumat
terkini dalam tajuk latihan yang direka khas mengikut keperluan pelanggan. Ini secara tidak langsung akan membangunkan
sikap dan kualiti ahli pasukan ke arah prestasi yang lebih cemerlang.
Untuk memastikan kualiti latihan yang bermutu, kami mempunyai rangkaian
yang luas dengan pakar dan peceramah yang professional dari berbagai aspek kejurulatihan. Semua juru perunding yang
bernaung di bawah payung syarikat kami mempunyai pengalaman yang bertahun
lamanya dalam bidang masing-masing.
Mereka adalah pakar dalam bidang tersendiri dan dapat
memberi khidmat yang terbaik untuk anda.
Kami juga menawarkan perkhidmatan kem, cabaran lasak
dan berbagai latihan fizikal sejajar dengan reka bentuk latihan mental. Program sedemikian bertujuan untuk membina skop latihan yang lebih
menyeluruh untuk keperluan pelanggan dari berbagai lapisan.
Kami sentiasa bersedia untuk mendengar dari anda tentang
perkhidmatan yang kami tawarkan. Jika ada sesuatu yang anda
perlu kami tawarkan, silalah maklumkan kepada kami dan kami akan