Jom Kita Berjaya

Prospectus

Ditaja Sepenuhnya Biogenic Aura Crest Academy Jom Kita Berjaya

Pengenalan

Setiap orang mahu berjaya tetapi tidak semua orang dapat mengenal erti “kejayaan”. Akibatnya, kita terbawa-bawa dengan definasi sendiri yang tidak seiras dengan erti kejayaan sebenar. Jom Kita Berjaya memberi anda suatu landasan untuk mencari “makna kejayaan” yang sesuai dengan citarasa anda. Bila anda mempunyai sikap dan corak minda yang sesuai dengan orang-orang berjaya, sudah pasti anda dapat membina hidup anda dengan lebih yakin lagi.

Objektif Jom Kita Berjaya

Pertama : Membentuk suasana yang positif untuk kejayaan

Setiap perjumpaan akan pasti membentuk gelombang kejayaan yang bakal menyemarakkan aura kejayaan anda. Suasana ini penting untuk membentuk daya kejayaan yang optima pada diri seseorang.

Kedua : Mencetus idea kejayaan yang kreatif

Bila dua atau lebih orang menceritakan kejayaan, ia akan membentuk suatu resonan minda yang bakal membina idea baru dalam hidup anda. Konsep “Master Mind Meeting” bakal mencetuskan inpirasi kejayaan dalam setiap peserta.

Ketiga : Peluang Networking

Anda akan mendapat berbagai peluang dan sokongan professional dari ahli-ahli yang telah berjaya. Semua bekalan , sumber, idea , strategi dan nasihat yang anda terima dalam networking ini pasti dapat membantu anda mengecapi impian anda sendiri.

Keempat : Mencari jawapan dan menyelesaikan kemusykilan

Jika anda masih mempunyai berbagai konflik , dilemma dan kemusykilan berkaitan dengan kejayaan anda , rujukkanlah pada ahli-ahli yang hadir bersama. Anda akan mendapat jawapan yang anda hendaki.

Kelima : Membantu orang lain

Salah satu usaha murni Jom Kita Berjaya ialah untuk membentuk masyarakat yang prihatin dengan kejayaan orang lain. Daripada kita cemburu dengan kejayaan orang lain, kita belajar memberi bantuan nasihat kepada orang-orang yang belum berjaya. Jiwa saling menolong seperti ini adalah suatu sumbangan yang bermakna kepada negara tercinta.

Bagaimana menyertai Jom Kita Berjaya

Dalam usaha untuk membentuk suasana pembelajaran yang positif kepada ahli-ahli lain, setiap orang yang ingin mengambil bahagian dalam komuniti hendaklah ikhlas hendak belajar dan membantu orang lain. Berikut ini adalah beberapa panduan untuk menjaga keharmonian pasukan ini.

• Ketiga : Semua ahli baru perlu memahami rukun dan peraturan komunikti Semua penyertaan adalah dikelolakan oleh jawatankuasa induik « Jom Kita Berjaya »

Etika Komuniti

  1. Menghormati idea orang lain dan tidak berdebat dalam mesyuarat. Anda boleh memberi pendapat anda sendiri jika perlu. Diplomasi amatlah penting.

  2. Anda perlu memakai dengan cara yang « presentable » -digalakkan memakai tali leher untuk lelaki. Rupa paras anda membina aura perjumpaan.

  3. Kelewatan anda datang ke perjumpaan mengganggu konsentrasi ahli.

  4. Mencatatkan idea adalah suatu cara untuk membolehkan anda belajar dengan berkesan

  5. Sentiasa memberi perhatian kepada orang yang bercakap. Sikap ini memberi semangat kepada orang yang memberi idea. Elak dari bercakap atau berbual waktu orang lain sedang berkongsi idea kejayaan

  6. Tidak mengguna platform ini untuk bercinta, berniaga , berpolitik dan lain-lain tujuan yang boleh mengalih tujuan pembelajaran ilmu kejayaan

  7. Setiap perjumpaan hanya satu jam. Jika anda masih perlu berbincang sesuatu, anda boleh bertanya lepas perjumpaan tamat.

  8. Bahasa pengantar yang dibenarkan ialah BM dan English. Elakkan bahasa yang tidak difahamkan orang lain sepanjang perjumpaan dijalankan.

Sistem dan falsafah

Piagam Kejayaan

Wahai pejuang kejayaan’ Ayu kita membina seruan kejayaan Lepaskan pemikiran negatif dan beracun Bina aura dan semangat luar biasa Menyambar ilmu kejayaan dengan ikhlas Meneraju kecemerlangan betaraf dunia Kehidupan yang berkualiti hak bersama Demi keluarga dan negara tercinta Mari kita belajar dan maju bersama Menjadi seorang insan luar biasa Yang memahami erti kejayaan Jom Kita Berjaya

Lagu Jom Kita Berjaya

Jom Kita Berjaya Jom jom kita Mencari erti kejayaan Jom jom kita Membina bangsa terbilang Misi jelas mengatur barisan Membina tamadhun yag gemilang Yang terbaik seruan kami Yang terunggul harapan kami

Tiada Mustahil dalam minda kami Memecah rekod mencipta sejarah Semangat waja membina keagungan Harumkan nama negara di persada dunia

Mengalu-alukan ahli baru

-Menjabat tangan dengan tanda dan kata “anda hebat” sebagai kata dorongan

-Lagu menyambut ahli baru : Selamat datang pada Halimah Kami bangga dengan anda Semarakkan jiwa kejayaan Demi hidup yang gemilang

Anda hebat , Halimah (salam dengan ahli baru)

Tajuk perbincangan Jom Kita Berjaya

  1. Erti kejayaan

  2. Syarat kejayaan

  3. Jiwa seorang juara

  4. Kejayaan duniawi

  5. Cara membina juara

  6. Mengasahkan bakat anda

  7. Mengenal bakat diri

  8. Menangkis sikap negatif

  9. Motivasi dan kejayaan

  10. Sikap orang berjaya dan lain-lain.

Perancangan masa perjumpaan

10 minit : Warming up Ucapan dari pengerusi – 2min Tema hari ini (Pengurus Tema) Lapuran : Aktiviti dan rancangan (kalau ada) Piagam Kejayaan

20 minit Perkongsian bebas (2 minit setiap orang) Sesuai dengan tema hari ini 10 minit Sessi perkongsian buku kejayaan

Bagaimana mengaplikasi dalam hidup 10 min Pertanyaan Bebas 10 min Quiz , game

Lagu Motivasi

Manfaat program

Untuk membolehkan setiap orang mendapat manfaat maksima dari perjumpaan ni, anda

hendaklah bersedia : -Menyumbang idea dan bukan hanya hendak menerima idea -Memberi sokongan moral kepada setiap orang yang bercakap -Membina persahabatan dan bukan berpolitik dalam organisasi -Menghormati dan menerima semua ahli tidak mengira usia, bangsa dan agama -Mengaitkan misi dan matlamat anda dalam perbincangan -Mencetuskan inspirasi dengan menanya soalan yang berkaitan dengan kejayaan

Apakah Rancangan Jangka Panjang

  1. Membentuk jawatankuasa di setiap negeri di Malaysia

  2. Membuka ruang kepada anak ahli yang berminat

  3. Membentuk insentif dan pengiktirafan kepada insan yang berjaya

  4. Menjalankan konvensyen tahunan untuk meraihkan juara / wira negara

  5. Membuka ruang networking dengan peluang kejayaan dalam dan luar negara melalui pameran dan forum

  6. Menyumbang sessi / slot Selamat Pagi Malaysia dengan input kejayaan

Kriteria Keahlian

Kesimpulan

Jom Kita Berjaya adalah suatu projek amal BACA yang pasti membawa manfaat kepada sesiapa sahaja yang ingin menguasai ilmu kejayaan. Sertai dan rasakan aura kejayaan yang bakal anda kecapi dalam Master Mind Meeting ini.