Aku Tidak Memilih Menjadi INSAN BIASA
 
Aku tidak memilih menjadi insan biasa
Memang hak ku untuk menjadi luar biasa
Aku mencari kesempatan, bukan perlindungan.
Aku tidak ingin menjadi warga yang terkongkong
Rendah diri dan terpedaya kerana dilindungi pihak berkuasa
Aku sedia menghadapi risiko terencana
Berangan-angan dan membina
Untuk gagal dan berjaya
 
Aku menolak menukar insentif dengan bantuan
Aku memilih cabaran hidup daripada bantuan
Aku memilih cabaran hidup daripada kehidupan yang terjamin,
Kenikmatan mencapai sesuatu, bukan utopia yang basi.
Aku tidak akan menjual kebebasanku,
Tidak juga kemuliaanku untuk mendapatkan simpati
 
Aku tidak akan merendahkan diri
Pada sembarang atasan dan ancaman.
Sudah menjadi warisanku untuk berdiri tegak, megah dan berani
Untuk berfikir dan bertindak untuk diri sendiri
Untuk meraih segala keuntungan hasil kerja sendiri
Dan untuk menghadapi dunia dengan berani dan berkata:
Ini telah kulakukan!
segalanya ini memberikan makna seorang insan
 
Den Alfange
(Perancis)
 
 
Hayati setiap hari
Muat turun dalam handset anda
(Audio MP3)